February 15, 2012

Cara mengatasi masalah pengangguran

Cara mengatasi masalah pengangguran - Bebaru ni saya sempat breakfast di restoran 24 jam di Kg baru, lihat di sana banyak gadis cantik warga indonesia bekerja.. Bila tanya pasal kg, diorang tak balik pun lagi.. Beraya di Malaysia saja kerana mencari rezeki yang banyak di sini. Manakala anak² muda kita boleh melepak dan menganggur walaupun ada degree. Adakah orang Malaysia terlalu manja ?Saya membandingkan nasib orang² Indonesia yang 'desperate' bekerja di Malaysia untuk menyara keluarga mereka, malah sanggup berjauhan dengan suami dan tidak balik raya.. wow.. saya ucapkan syabas dan tahniah di atas pengorbanan yang tinggi ini. Bukan mudah untuk lakukannya, saya melihat wajah mereka tenang dan bekerja kuat namun di dalam hati hanya tuhan saja yang tahu...
Masalah pengangguran di kalangan lepasan ijazah ipta/s malaysia semakin bertambah saban tahun. Bukan nak salahkan kerajaan, dan tak mahu jadi mcm bangau oh bangau.. Apasalahnya jika kita 'belajar' ambil iktibar mcm orang Indonesia yang cukup tabah ini. Bukan nak banggakan mereka, tapi segelintirnya adalah bebetul bersungguh mencari rezeki halal sesuap nasi dan berjauhan dengan family walaupun tak balik raya itu satu pengorbanan besar sebenarnya.
Jika anak² muda berani membuat pengorbanan yang tinggi, saya rasa masalah pengangguran dapat diselesaikan dengan mudah. Ini kerana natijahnya mereka sanggup bekerja apa saja asalkan dapat rezeki yang halal. Sanggup korbankan masa, tenaga dan fikiran untuk apa jua jenis pekerjaan hatta menyapu sampah sekalipun. Tak mengapa.. ia tetap kerja yang halal dan mendapat ganjaran di sisi Allah swt.. Adakah kerja itu kita perlu cerewet dan pandang sebelah mata ? Tidak praktikal memilih pengangguran sebagai pilihan terakhir kerana tidak sanggup memilih pekerjaan yang susah.
Saya dulu pernah kerja sebagai crew Pizza Hut di SS14 PJ, mmg bergelumang dengan tepung dan basuh pinggan mangkuk sehingga tangan saya mengelupas kerana kesan dari kimia sabun. Ia tidak mematahkan semangat untuk terus bekerja, sebaliknya berusaha untuk mencari ruang yang lebih baik daripada itu.
Apabila balik rumah dan melihat tangan yang kecut dan mengelupas itu saya terkenangkan.. betapa susahnya mak ayah menyara hidup kita dari kecil sehingga besar, balik rumah boleh makan apa saja, bawa kereta ke mana-mana saja, duit diberi dan pelajaran ditanggung. Manjanya..
Sejak dari itu saya belajar untuk berdikari sendiri. Seorang lelaki sejati pantang menyerah kalah pada nasib, ia akan berusaha dengan penuh semangat untuk merubah nasibnya sendiri. Saya tak malu mengaku pernah bekerja di Pizza Hut kerana sekarang saya belajar ambil 'iktibar' dari pengorbanan susah payah sebelum berjaya.
Hari ni tangan saya tak mengelupas lagi, kerana berdepan dengan workstation di bilik berhawa dingin bersama project dan kerja yang beribu ringgit sebulan. Natijahnya  daripada 'iktibar' sepanjang perjalanan awal karier saya yang agak 'menginsafkan'.
Rentetan itu, elemen utama untuk mengelakkan pengangguran adalah semua orang perlu rasa sendiri apa itu erti sebenarnya pengorbanan. Belajarlah dari pengalaman orang lain, belajarlah dari pengalaman sendiri. Manusia akan menjadi semakin bijak apabila ia berani membuat pengorbanan dan belajar perkara baru. Tidak kiralah apa jua karier anda, belajar untuk mencari 'networking'.. Jangan anggap kerja krew restoran itu rendah tahapnya, ini kerana di restoran tu ada bermacam jenis pelanggan dan orang dari pelbagai lapisan. Ada pegawai, ada bisnesman, ada datin, datuk, tan sri dan sebagainya.. lagi banyak anda kenal lagi bertambahlah networking..banyak networking, banyak list, banyaklah potensi untuk berkembang.. (Mcm MLM jugaklah, cumanya anda kene rajin berkawan saja).
Bagi mereka yang mahu atasi masalah pengangguran, inilah pengorbanan yang perlu lakukan iaitu mencari apa jua jenis pekerjaan yang halal. Belajar untuk tingkatkan tahap ekonomi diri sendiri dan membuat perubahan yang lebih baik dari masa ke semasa. Ada target 5 tahun ke hadapan dan berusaha untuk mencapai apa jua matlamat short, mid & long term strategy. Yang penting masa dan waktu usah dibazirkan.. Sesaat yang berlalu tidak mampu dikembalikan walaupun membayarnya dengan 1 billion ringgit...

View the original article here

No comments:

Post a Comment

All About Money

100 Perniagaan Dari Rumah (2) adsense (3) advertising (2) Affiliate (4) Amazon (2) antique (1) antitrust (1) Article (3) Asas Business (1) Autoblog (2) automated (1) Beauty (1) Bekerja (2) berharga (2) binaural (1) Blogger (3) Bloggers (2) blogs (1) Buat Duit Di Internet (4) Buat Duit Online (1) Business (11) businesses (2) Cakes (1) Cards (2) cheap (4) ClickBank (2) Copycat Merketing (1) Credit (6) Dropshipping (3) EasytoMake (1) Feedburner (1) Fiverr (1) franchise (1) frugality (1) funded (1) FuntoUse (1) generating (1) Giveaway (1) Google (5) graduates (1) Graphic (2) handmade (1) Hobby (3) homes (1) house (2) HubPages (1) Humor (1) ideas (3) Income (4) IncomeElite (1) Jutawan (5) Kerja Di Rumah (1) KEUNTUNGAN (1) Kisah Jutawan (3) KKeyword Research (1) KKisah Jutawan (1) KMengurus Kewangan (1) Kutip Barang Terpakai (1) L Law Of Attraction (1) Languages (2) Make Money Online (1) Membaca Iklan (1) Membership (1) Mempromosi (1) Mencetak (1) MENCIPTA (1) Menjana (3) MENJUAL (1) Menjual Informasi (1) Menjual Produk Informasi (1) mentor-mentor (1) Nuffnang (4) offended (1) Pelaburan (7) Pemasaran (1) PENERBIT (1) perniagaan (8) photograph (1) photos (1) Photoshop (1) Plugin (1) Power (3) Powerseller (1) Practice (1) Praktikal (1) PreSell (1) product (5) products (2) PRODUK (2) Profit (1) Profitable (1) Program (4) Proper (2) Property (2) public (1) Pwnage (1) RAHSIA MENCARI WANG (1) rebuilding (1) registration (1) rental (1) Reproducibles (1) Research (1) restaurant (1) retail (1) revenues (1) RM100 (1) RM1000 (2) RM100000 (1) RM10736 (1) RM1500 (1) RM15000 (2) RM200 (2) RM2000 (1) RM250 (1) RM5000 (1) RM750 (1) Rocket (4) RUMAH (5) SALINAN (1) Saving (2) savings (1) Scrap (1) search (2) SkillsIndependently (1) social (2) Software (3) SoftwareMail (1) space (1) Squidoo (4) Start (14) startups (1) steps (1) stock (2) System (3) technology (2) tips (4) Traffic (3) trailer (1) training (1) travel (1) Trust (2) tuition (1) Tycoon (1) UNTUK (5) update (2) upholstery (1) usage (1) USD1000 (1) validate (1) VIDEO (2) Videos (1) violations (1) virtual (3) Warcraft (1) Warned (1) Watching (1) Wealth (4) Website (5) websites (1) Wedding (2) weight (1) While (1) White (1) Wisdom (1) WordPress (2) works (2) world (4) writer (1) writing (2)